Kehidupan seseorang itu adalah sebuah perjalanan. Perjalanan yang panjang dan tidak tahu di mana noktahnya. Sesuatu perjalanan itu tidak semestinya sentiasa lancar, kadang-kadang tergendala oleh sebab yang tidak dapat dielakkan. Manu mungkin tiada perhentian rehat walaupun sejenak untuk sesuatu perjalanan yang kita tempoh. Kalau tak apa guna R&R di lebuh raya.
Hidup bermula dari kita dilahirkan, kemudian dipelihara dan di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa kita. Seterusnya melangkah ke alam kanak-kanak, remaja dan dewasa. Dalam semua fasa hidup kita ini ibu bapa menerima pelbagai dugaan dan ujian dalam membesarkan anak-anak. Kecanggihan teknologi menyebabkan proses membesarkan anakm bertambah rumit kerana dunia kini menjadi luas dan tanpa batasan. Pergaulan bebas dan keseronokan maksiat menjadi suatu yang halal. Semua ini adalah faktor yang menyesakkan minda ibu bapa masa kini....segala-galanya perlu balik kepada yang menciptakan kita. Jika kita taat dan patuh pada ajarannya, insya allah segalanya akan selamat..wallahu 'alam....