Salam 2011... lambat 16 hari. tapi masih januari kan...so masih valid.... bak kata orang...2011 baru membuka tirai baru setelah berlabuhnya tirai 2010. Wah bertirai2 pulak. Selamat tinggal zaman bujangku...selamat datang zaman perkahwinanku...semoga hari-hariku indah belaka.
Hari ini sudah 1 bulan 21 hari aku bergelar isteri. Indah dan menarik hari-hariku. Biasalah asam garam hidup, episod gambira dan sedih mesti ada.
Sejujurnya bergelar isteri memang menuntut kesabaran, lebih-lebih lagi bila tinggal bersama mertua. Semuanya perlu manis2 belaka walaupun sebenarnya terluka. Biarlah terluka asalkan suamiku gembira. Kalau nak ku karang episod duka ku ini..entah la...tak terkarang rasanya... lebih elok ku pendamkan duka ini. Kenangkan segala keseronokan lebih membahagiakan dan mententeramkan.
ReNDeZVouS
Segala yang Kufikirkan...Segala yang Ku ingin kongsikan...segala-galanya di sini..episode sebuah perjalanan hidupku....
Saturday, January 15, 2011
Thursday, November 4, 2010
Journey of Life
Kehidupan seseorang itu adalah sebuah perjalanan. Perjalanan yang panjang dan tidak tahu di mana noktahnya. Sesuatu perjalanan itu tidak semestinya sentiasa lancar, kadang-kadang tergendala oleh sebab yang tidak dapat dielakkan. Manu mungkin tiada perhentian rehat walaupun sejenak untuk sesuatu perjalanan yang kita tempoh. Kalau tak apa guna R&R di lebuh raya.
Hidup bermula dari kita dilahirkan, kemudian dipelihara dan di besarkan dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapa kita. Seterusnya melangkah ke alam kanak-kanak, remaja dan dewasa. Dalam semua fasa hidup kita ini ibu bapa menerima pelbagai dugaan dan ujian dalam membesarkan anak-anak. Kecanggihan teknologi menyebabkan proses membesarkan anakm bertambah rumit kerana dunia kini menjadi luas dan tanpa batasan. Pergaulan bebas dan keseronokan maksiat menjadi suatu yang halal. Semua ini adalah faktor yang menyesakkan minda ibu bapa masa kini....segala-galanya perlu balik kepada yang menciptakan kita. Jika kita taat dan patuh pada ajarannya, insya allah segalanya akan selamat..wallahu 'alam....

Saturday, October 30, 2010
I'm a Bride's to be..
Hehehe..cutenye picture tue..ayu2 gitu...hahaha..macam mana la agaknya aku di hari persandinganku nanti..mesti on edge tak hingat kan...hehehe... tapi nak tawin...sebab by the end nak jadi macam gambaq kat bawah ni..
Tapi yang tu sexy skit...aku pakai tudung la...hahaha...happily married...pastu bleh la jalan pegang tangan or bergurau sendi as we like it.... macam gambaq below..to yang belom kawin...tak payah cuba na..nanti buat dosa aja....
Sungguh indah rasanya hari-hari yang bakal ditempuhi oleh aku dan Incik Tunang tersayang selepas berkahwin nanti...
AMIN YA RABBAL ALAMIN....

Apabila ditolak dengan hari ini..maka tinggal 26 hari lagi sebelum aku bergelar isteri kepada Incik Tunang. Apa sebenarnya yang aku rasa ? ntah la...Gumbira? tertekan?serabut milo? semuanya ada belaka. Mengalas tugasan sebagai isteri sepanjang hayat memang bukan suatu tugas yang mudah. Tahniah kepada yang dah berjaya.. Aku? semoga Allah memberi pertolongan yang kuat untukku bergantung padanya. So far segala persediaan masih lagi dalam proses...ada yang dah siap..ada yang masih lagi belum...cuak jugak kadang-kadang. Tempat kerja sarat dengan kerja yang menuntut untuk di siapkan. Semuanya ada due date...sakit jugak kepala bila difikirkan. kunci kepada segalanya ialah BERSABAR DAN BERDOA. Sekarang i have to be multi-tasking...something yang kau memang susah nak buat dari dulu lagi. I have to finish up one by one....not 2 or 3 at one time... tapi sekarang tak lagi. 2 or 4 at one time memang dah jadi kebiasaan.
Aku belek2 checklist aku buat semalam... tengok2 dah banyak yang bertanda...lega..tinggal skit2 aja lagi yang belum bertanda. Lega sepasai... pastu sebab kepenatan..aku request kat Incik Tunang untuk cari tempat honeymoon terbaik untuk aku dan dia. Aku nak sangat lari dari kesibukan kerja dan kepenatan persediaan kenduri nanti. Aku nak habiskan masa berdua-duaan dengan dia sahaja.
Kadang-kadang rasa penat sangat..sampai tak mau buat apa pun..tapi kalau tak buat...kerja tak jalan..so kena buat jugak... letih la....
YA ALLAH BERIKAN AKU KEKUATAN UNTUK MENGHADAPI SEMUA INI..
Tuesday, October 26, 2010
Why NOw......
Why now....why not last year..why not early this year....aku benci dia...kenapa..kerana dia lambat...dia kata dia suka...dia kata dia ingat...tapi kenapa dia senyap...aku tak paham...aku geram... nak marah pun yer... tapi sejujurnya perasaanku padanya kosong dan hambar... aku sudah punya teman...aku sudah punya kekasih hati..aku sudah punya tunangan...aku sayang padanya....tapi aku benci dia.... dia pernah mmbuatkan hidupku berada di puncak awan...di juga pernah membawaku nun jauh ke pelusuk hutan...aku sabar...aku redha..semuanya kerna sayang... tak pernah aku ingkari kata-katanya...tak pernah aku menengking atau meninggi suara.... walau bertalu-talu makian dan cacian yang di lontar...tak pernah ku endah walau hatiku bagai di siat-siat...dihiris-hiris hingga hancur....
tapi kini tak mungkin aku mampu dan aku tidak mahu berpaling dari tunangku tercinta hanya kerna dia yagn muncul tiba-tiba...
SELAMAT TINGGAL KENANGAN LALU....
SELAMAT DATANG DUNIA BARU....
tapi kini tak mungkin aku mampu dan aku tidak mahu berpaling dari tunangku tercinta hanya kerna dia yagn muncul tiba-tiba...
SELAMAT TINGGAL KENANGAN LALU....
SELAMAT DATANG DUNIA BARU....
Monday, October 25, 2010
Hantaq Borang Nikah...check....yeay!
Alhamdulillah..tadi baru selesai proses menghantar borang nikah kami. Rasa tenang aja jiwa...drive balik baling pun rasa gumbira aja...bukan payah pun, dia check semua borang and documents yang dia nak...so dah cukup...bayaq RM4 sorang untuk dapat receipt untuk amik kebenaran bernikah nanti. PAstu isi borang ikrar. Dah isi borang ikrar...masuk jumpa ustaz/pendaftar nikah...so dia semak borang, sembang sikit sebanyak dengan kami.. buleh plak ustaz tu orang baling, dia dok tanya pasai sekolah aku..hehehe..aku dengan ramah tamah buleh buat sembang la denga ustaz tue..hehehe..teknik nak bagi ilang ketaq konon... the dramatic part bila kena baca ikrar..memula Incik Tunang baca dulu...suara dia macam tenggelam timbul...rasanya nervous..aku buat relax aja..tapi cuak gak bila dengaq dia macam tue..nak tolong gosok belakang mana bleh..tak kawin lagi..so senyap aja la..amik feel satgi aku plak nak baca....part yang mengancam dalam ikrar tu...
SAYA DENGAN IKHLAS DAN SUCI HATI MENERIMA..............SEBAGAI ISTERI / SUAMI.
hehehehe... rasa dalam sangat maksud tue... terkejut dan tersekat la skit bila nak kena baca ikrar and sebut nama tunang kita tue. nak tersedak sebenaqnya...tapi really touching la...sebak la sat Incik Tunang tersayang. Apa pun, aku memang sangat happy and bersyukur sebab dah selesai hal di pejabat agama... bukan senang nak selesai dengan kesibukan kerja. Nak curi time bagi kena tu punya la payah...akhirnya ketentuan Allah memudahkan urusan kami hari ini. Dengan gumbira and lega aku hantaq Incik Tunang pi opis dia semula...sambung mesyuarat..aku plak..balik umah....
SYUKRAN YA ALLAH..ALHAMDULILLAH...

Dugaan-NYA
Fuhhhh....yesterday was tough..... speeding from baling to sp and manage to arrive in sp within half and hour..gila pun ada gak..menatang apa aku tak overtake... kalut la..dah janji dengan Incik Tunang nak pi pejabat agama, nak antaq borang nikah. Sampai dalam kul 4...tunggu la Incik tunang abis meeting..masa tu panas la jugak skit2..tapi buleh sabaq lagi....tapi yang climaxnya....bila naik kat atas... dia tulis time daftar pernikahan 8am - 4.15pm.... memang masa tu nak menangis campuq nak mengamuk...kembang kepala rasa tengok. terus badan rasa penat. Yang tadi dok speed tak ingat skit pun tak penat... hui masa tu kalau buleh la pi belasah orang memang mati..kalau maki orang memang hui..bebakui la buat dosa....
Turun tangga terus cakap kat Incik tunang yang aku letih, aku ni tak suka dok show off kan keletihan aku.. tapi kerana kecewa..aku terus down. Borang tue aku bagi kat dia, aku suruh dia antaq..aku cakap aku tak larat letih...bukan dekat wei... so aku terus balik...pi cari kek... ni la masalah aku...bila tension aja..nak makan..memang la badan cepat naik...hehehe..janji hati puas..
Baru la aku paham dugaan bertunang nie...kalau nak di ikutkan..so far alhamdulillah tak ada la dugaan yang besaq2 jadi sampai kami bergaduh..tapi yang semalam nie memang menguji kekuatan aku. Tapi aku salute la Incik Tunang, dia pandai pujuk aku... memang aku pun dok pujuk diri, jangan la dok ego sangat...lega...aku berjaya jadi lembut seperti biasa. Aku selalu ingat, kalau aku ego and tak mau mengalah, nanti dia boleh jadi 10 kali ego and masa tu lagi teruk. So aku sanggup mengalah demi kebaikan future kami. Sebab dalam hati ada cinta...so semua biasa okay....YA ALLAH.....suburkanlah rasa cinta kami sehingga akhir hayat...jadikanlah hambamu yang bersyukur dan sentiasa berkasih sayang di dunia dan akhirat.

Subscribe to:
Posts (Atom)