Friday, October 22, 2010

Luahan hati

Bila di hitung hari menghampiri 26 November 2010...dari hari ni..tinggal 34 hari aja lagi... masa berlalu cepat sangat. Kadang-kadang aku rasa aku baru bertunang last week...sedar-sedar dah 4 bulan 11 hari aku bertunang dengan Incik Tunang. Kenal baru awal tahun, tup tup nak kawin dah. Selalu bila keluar dengan Incik Tunang, kami macam dah lama kenal..maybe sebab kimia, fizik, biology kami serasi kot. Aku selalu aja kecik hati..hahaha..lumrah perempuan la tu, nak perhatian. Nasib baik Incik Tunang aku ni penuh dengan sense of humour, so baru nak merajuk panjang, dah gelak tak hingat donia. Maka tak jadi lah aku merajuk.
Kalau aku imbau kenangan dulu-dulu masa bercinta dengan ex-bf dedulu, aku selalu gak makan hati. Tapi kena pujuk diri sendiri, kesian aku, kena tengking kaw-kaw, pastu menangis tak hingat dunia, pastu kena paksa senyap, hui tabah betoi aku. Buang karan aja aku dok menangis dulu..hahaha...serious menyesal menangis dulu...Tapi alhamdulillah walaupun aku berdepan dengan pelbagai ujian yang Allah bagi, tapi semuanya aku berjaya harungi. And setiap kebaikan Insya Allah akan di balas dengan kebaikan.
Incik Tunang aku ni, bukan la someone yang aku sendiri berjumpa dan jatuh hati seterusnya bercinta. Tapi aku di tanya, di risik, di kenalkan, berkenalan, bertunang, seterusnya baru bercinta. Stage percintaan kami ni more tu lepas bertunang. Sesungguhnya kuasa Allah itu melebihi segalanya.. Aku sangat percaya dan redha dengan semua ketentuan dan kehendaknya. Kita merancang, kita menentukan halatuju hidup kita. Tapi tanpa izinnya, segalanya tak mungkin berlaku. Kriteria yang kita nak sememangnya tidak semuanya sempurna. Dia lebih mengetahui.
Aku ingat lagi dan masih lagi relevan difikiranku. Inginkan seseorang yang lebih tua, berbadan sasa, kononya seperti pelindungku, ternyata, yang lebih tua dan lebih sasa penyebab hatiku duka. Segalanya ku terima dengan redha...rupa-rupanya, lebih muda, dan lebih kecil ternyata penyejuk minda dan jiwa. Hebat sungguh perhitungan Allah. Sebagai hamba yang lemah kadang-kadang semua itu tak capai di minda kita yang serba sempit ini. Namun bila kita muhasabah kembali, barulah segalanya nyata di depan mata.
Bila kita rasa sesuatu yang begitu sempurna untuk kita berlalu pergi, ingatlah bahawa sesuatu itu belum cukup sempurna buat kita. Kita sahaja yang berperasaan begitu, kita harus redha kerana ada yang jauh lebih baik dari itu untuk kita. Walaupun kita lihat yang baru itu punyai banyak kekurangan. Sebenarnya kita tak perasan yang kita juga ada kekurangan di matanya. Tapi di lihat dari sudut positif..Insya Allah segalanya pasti indah.
Buat Incik Tunang tersayang, terima kasih kerana sentiasa berada di sisiku. Semoga hubungan yang terbina berakhir hingga akhir hayat dan di bawa ke syurga. I always believe that WE comply each other.... i love u...

No comments: